GBP/USD Menjunam 100 Pips Susulan Keputusan Mesyuarat BOE!

733

Pound Sterling menjadi mata wang utama dengan prestasi paling merosot pada minggu ini selepas keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat England menyaksikan penyusutan ketara Pound.

Bank of England (BOE) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.10% dan menyampaikan kenyataan bernada dovish memberi isyarat untuk terus mengekalkan dasar yang longgar sehingga mencapai sasaran inflasi bank pusat.

Jom teliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Bermula dari awal minggu, harga berjaya pamerkan corak kenaikan semula selepas penurunan ketara pada miggu sebelumnya.

Kenaikan berterusan sehingga Rabu mencapai paras rintangan 1.4000 sebelum turun semula pada dagangan Khamis menjelang keputusan mesyuarat BOE.

Susulan keputusan mesyuarat, Pound menjunam memberi reaksi terhadap nada dovish bank pusat menyaksikan penurunan harian sekitar 100 pips dicatatkan.

Namun, paras 1.39000 dilihat menjadi paras sokongan harga yang berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah sebelum harga sedikit meningkat dan bergerak perlahan bersambung ke sesi Asia pagi Jumaat sekitar 1.39200.

Selepas penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, penganalisis kembali melihat isyarat kecenderungan untuk harga menyambung trend penurunan semula.

Penurunan awal harga dilihat akan menguji zon support 1.38000 yang menjadi zon yang berjaya membendung kejatuhan harga pada penurunan minggu lalu.

Jika harga berjaya turun melepasi zon tersebut, sasaran harga seterusnya dijangkakan untuk menuju ke paras sekitar 1.37000 yang menjadi zon support harga pada dagangan Mac dan April lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat