Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan kekuatan yang berterusan apabila menembusi paras rintangan 1.3200 dan berjaya menutup di atas paras tersebut pada penutup minggu lalu.
Harga berlegar pada paras 1.3215 pada awal sesi Asia sebelum sedikit mereda ke paras harga 1.3190 pada awal sesi London. Isyarat terkini dari Federal Reserve AS mengenai pelonggaran dasar monetari telah melemahkan Dolar AS dan menyokong kekuatan pasangan GBP/USD.
Sambil itu ucapan pengerusi Fed, Jerome Powell dan gabenor BOE, Andrew Bailey di acara simposium Jackson Hole turun menyokong kelemahan Dolar AS dan kekuatan Sterling.
Harga pada masa ini berlegar di sekitar zon 1.3188 di atas pivot harian 1.3178. Tahap rintangan seterusnya adalah pada 1.3230 iaitu ketinggian pada Jumaat dan seterusnya 1.3269. Jika menembusi paras ini, harga berkemungkinan boleh menuju sehingga 1.3300 (tahap psikologi).
Jika dilihat di bawah harga semasa, tahap harga ‘Support’ pertama terletak pada 1.3175, kemudian 1.3130 dan jika trend ‘Bullish’ masih berkekalan, tahap harga sokongan ini adalah tahap yang baik untuk melakukan pembelian. Sambil itu harga juga masih berada di atas SMA200 dan MA40 dengan mengekalkan trend momentum bullish dan berdagang pada tahap tertinggi dalam tempoh tiga minggu. Pasaran sedang menunggu data Pesanan Barang Tahan Lama AS pada 8.30 malam ini, yang boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG