GBP/USD Merangkak Perlahan Di ‘Pucuk’ $1.2700

239

Selepas lonjakan 100 pips pada Selasa, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kembali mendatar pada dagangan Rabu semalam.

Setelah lonjakan mencapai sasaran 1.27000, harga kemudiannya mendatar pada zon rintangan tersebut sepanjang hari semalam ketika pasaran memberi tumpuan kepada data-data ekonomi yang hadir.

Menyelamatkan US dolar daripada terus merosot lebih parah, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) untuk suku ketiga catat angka yang meningkat bagi bacaan kedua kepada 5.2% mengatasi ramalan 5.0%.

Ini turut menghadkan corak kenaikan untuk diteruskan pada carta GBP/USD, namun penganalisis kekal melihat risiko terhadap pergerakan US dolar pada penutup dagangan November ini.

Seterusnya, data tuntutan faedah pengangguran dan indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS akan diperhatikan pula di sesi New York malam ini yang bakal pengaruhi pergerakan selanjutnya US dolar.

Pada carta GBP/USD, harga mendatar sehingga ke New York dan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini sekitar zon 1.27000.

Namun, pergerakan harga dilihat masih kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang terus memberi isyarat untuk trend bullish harga.

Sekiranya berjaya harga melanjutkan lonjakan dari zon 1.27000 semasa, kenaikan harga dijangka mencapai 1.28000 atau meneruskan lagi kenaikan menuju sehingga sekitar 1.29000.

Sebaliknya, jika penurunan harga pula yang dipaparkan menyusuli pergerakan mendatar semalam, harga berkemungkinan menunjukkan isyarat perubahan trend selepas susut di bawah sokongan MA50.

Penurunan harga bakal dilanjutkan ke sekitar 1.26000 atau zon tumpuan lebih rendah pada 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat