GBP/USD Pamer Pergerakan Menurun Dari Paras Ketinggian Dicapai Minggu Lalu

380

Pound Sterling memulakan dagangan pada minggu ini dengan pergerakan lemah berbanding matawang utama yang lain selepas mencatatkan lonjakan ketara harga pada minggu lalu selepas keputusan mesyuarat bank pusat England dan juga pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU).

Bank of England (BOE) yang mengekalkan kadar faedah dengan kenyataan bernada hawkish telah mendorong pengukuhan matawang GBP dalam pasaran.

Kenaikan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah mencapai paras ketinggian melepasi 1.32000 penghujung minggu lalu, menguji zon resistance pada awal Januari. Kenaikan ke paras tersebut mencatatkan sekitar 230 pips lonjakan harga sejak Khamis.

Namun, harga memulakan dagangan pada minggu ini pada paras lebih rendah berbanding penutup dagangan minggu lalu dengan pergerakan menurun dipamerkan pada sesi Asia.

Tekanan kembali dirasai oleh matawang Britain itu berikutan kenyataan Perdana Menteri UK Boris Johnson yang menyatakan bersedia untuk menghentikan rundingan bersama EU jika permintaannya tidak ditunaikan.

Beliau menyatakan inginkan perjanjian perdagangan yang lebih komprehensif seperti yang diperolehi oleh Kanada.

Harga kini didagangkan lebih rendah hampir 50 pips ke paras 1.31500 berbanding paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Paras tersebut dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) untuk diuji harga sebelum kenaikan diteruskan semula.

Jika harga terus turun lebih rendah, zon penting di paras 1.31000 akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Penurunan lebih rendah dari paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) akan memberikan isyarat awal trend kembali bearish.

Sebaliknya jika harga meneruskan kenaikan, harga bakal melepasi paras ketinggian 1.32000 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tahun ini.

Paras ketinggian pada 1.32800 yang dicapai pada dagangan Disember lalu bakal menjadi zon tumpuan pada kenaikan yang seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat