GBP/USD Rekod Harga Tertinggi 11 Bulan, Tembus Paras $1.2600!

164

US dolar bergerak lemah menyusuli reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis semalam menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.25%.

Namun, ketika menyambung dagangan pada sesi-sesi berikutnya semalam, penyusutan US dolar dilihat agak terhad dengan pergerakan yang agak bercampur-campur menuju pula terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) hari ini di sesi New York sebentar lagi.

Pasaran mendapat isyarat untuk Fed menghentikan kenaikan kadar faedah apabila Pengerusi Jerome Powell menyatakan bakal ada perubahan yang ketara terhadap dasar monetari walaupun tidak menyebutnya secara jelas.

Namun, kenyataan Powell bahawa bank pusat masih lagi bertekad untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran dilihat masih membuka ruang untuk langkah pengetatan dasar, dan faktor ini menghadkan penyusutan lanjut bagi US dolar.

Pound Sterling mengambil kesempatan ini untuk didagangkan meningkat ke paras tertinggi terbaru 11 bulan berbanding US dolar, walaupun kekurangan faktor yang menyokong mata wang Britain itu.

Mesyuarat polisi Bank of England (BOE) akan menjadi tumpuan minggu hadapan selain data inflasi AS yang turut akan diterbitkan.

Carta harga pasangan GBP/USD menyaksikan pergerakan harga yang mendatar pada Khamis semalam setelah menyusuli kenaikan pada reaksi mesyuarat FOMC sebelumnya.

Pun begitu, paras ketinggian terbaru tetap berjaya dicapai setelah harga mengatasi ketinggian dicapai pada Jumaat lalu pada 1.25800.

Tidak menembusi paras 1.26000, harga mendatar di bawah paras tersebut sehingga menyambung dagangan di sesi Asia pagi Khamis ini, paras tersebut akhirnya berjaya ditembusi untuk rekod ketinggian yang baru lagi.

Sasaran untuk kenaikan lanjut harga berkemungkinan mampu mencapai 1.27000 atau sedikit tinggi.

Namun jika harga gagal mengekalkan corak kenaikan sebaliknya menjunam semula, zon 1.25000 dilihat akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Tembus lebih rendah akan menandakan isyarat bearish untuk pelabur bersedia penurunan lanjut akan diteruskan harga, berkemungkinan menuju sekitar 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat