Mata wang Pound terus kecundang pada dagangan Selasa semalam apabila jatuh ke paras terendah terbaru 4 minggu berbanding US dolar.
Sentimen pasaran yang berisiko menyuntik pemulihan semula US dolar sebagai safe-haven namun raja mata wang itu kembali lemah pada dagangan sesi New York.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menyambung penurunan lebih rendah semalam selepas bank pusat England (BOE) telah memulakan langkah pemotongan kadar faedahnya pada mesyuarat minggu lalu.
Harga yang berlegar di sekitar zon 1.28000 di sesi Asia semalam, selepas mendatar di awal minggu, telah paparkan terjunan hingga sedikit melepasi zon support 1.27000.
Namun momentum penurunan tersebut mula pudar menyaksikan harga bergerak mendatar sehingga ke penghujung sesi New York berakhir di sekitar 1.27000.
Pergerakan harga kekal perlahan di zon yang sama pada sesi Asia pagi ini dan menunjukkan sedikit kenaikan perlahan.
Trend kekal bearish dengan pergerakan harga yang masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jika US dolar bergerak lebih baik berbanding Pound, harga bakal ditekan jatuh lebih rendah di bawah zon 1.27000 dan catatkan paras terendah terbaru lagi.
Sasaran untuk penurunan lebih rendah adalah menuju 1.26000 untuk menguji paras sokongan tersebut.
Namun jika lonjakan harga melepasi halangan MA50, kenaikan harga bakal menguji semula rintangan pada zon 1.28000.
Jika berjaya lolos ke paras lebih tinggi, isyarat perubahan trend tersebut akan mendorong kenaikan harga untuk menuju pula paras tumpuan berikutnya pada 1.29000.
Lihat gambar carta harga pasnagan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG