Corak bearish dikekalkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam dengan penurunan harga mencecah ke paras terendah terbaru.
Seperti yang dijangkakan, berlaku reaksi menarik harga di paras tumpuan 1.25000 ketika penurunan diteruskan pada sesi New York semalam susulan pengukuhan US dolar yang masih berjaya dikekalkan.
Selain faktor sentimen pasaran, data tinjauan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan bulan Ogos yang meningkat turut memberi sokongan kepada pengukuhan raja mata wang itu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-mengamuk-lagi
Pound yang gagal menahan asakan itu telah mendorong harga mencecah sekitar 1.27800 untuk rekod terendah harga dalam tempoh dagangan 13 minggu.
Namun, momentum mula perlahan dan harga kemudiannya berlegar di sekitar zon 1.25000 sehingga dagangan sesi New York ditutup.
Pergerakan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis) masih dilihat perlahan di sekitar 1.25000 itu.
Isyarat bearish dinilai masih kekal dengan pergerakan harga masih di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Penurunan harga dijangka akan diteruskan lagi hari ini namun pelabur menantikan isyarat lebih jelas harga bergerak turun dari zon 1.25000.
Sasaran lebih rendah harga akan terarah pada 1.24000 untuk dituju setelah kali terakhir harga menjejak ke paras tersebut pada dagangan awal Jun yang lalu.
Sebaliknya, jika berlaku lonjakan semula harga dari zon 1.25000 dan kemudiannya menembusi halangan MA50, pelabur akan bersedia dengan perubahan trend bullish harga.
Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan menuju semula ke paras 1.26000 untuk menguji rintangan tersebut.
Seterusnya, paras ketinggian 1.27000 pula akan jadi tumpuan harga berikutnya jika corak kenaikan harga berjaya diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG