Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan corak penurunan sepanjang minggu lalu sehingga ke dagangan sesi terakhir ketika pasaran memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang terbaru.
Meneliti laporan NFP yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu, kesemua komponen data termasuk pertambahan pekerjaan, purata gaji dan kadar pengangguran menunjukkan angka yang memberangsangkan.
Ini kembali membuka ruang semula untuk jangkaan pengetatan dasar monetari diteruskan oleh Federal Reserve (Fed) susulan sektor pekerjaan yang dinilai baik.
Setelah menamatkan dagangan minggu lalu dengan kukuh, US dolar dilihat kembali suram sedikit pada pembukaan awal minggu ini dengan mata wang Pound sedikit meningkatkan nilainya.
Kedua-dua mata wang US dolar dalam Pound bakal menantikan keputusan mesyuarat bank pusat masing-masing yang dijangka akan memacu arah pergerakan dari masa ke masa.
Dapat diperhati pada carta GBP/USD, harga mula meningkat semula pada Isnin semalam setelah corak penurunan berterusan minggu lalu hampir mencecah paras 1.25000.
Kenaikan dilihat hampir menyentuh paras 1.26000 semula di sesi Eropah semalam, namun harga ditekan jatuh semula ketika menyambung pembukaan sesi New York.
Memulakan dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) di sekitar 1.25500, harga menunjukkan kenaikan semula di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sementara pelabur menilai sama ada itu adalah isyarat untuk perubahan trend.
Rintangan pada zon 1.26000 dilihat akan menjadi tumpuan utama untuk diuji dan sekiranya harga berjaya lepasinya, barulah kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan.
Memaparkan pergerakan bullish, harga akan mensasarkan kembali untuk mencapai ketinggian 1.27000 dan menguji zon rintangan tersebut.
Namun jika harga kembali menjunam semula, paras 1.25000 bakal dituju untuk diuji sekali lagi seperti situasi pada penghujung minggu lalu.
Penurunan lebih rendah yang menembusi paras tersebut akan menyaksikan kejatuhan berterusan harga menuju sasaran berikutnya sekitar 1.24000.
Beberapa data tumpuan seperti inflasi AS serta data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi UK akan diperhatikan untuk memantau pergerakan harga semasa.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG