Corak pergerakan bearish harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan awal minggu ini.
Setelah harga jatuh dari zon 1.24000, penurunan diteruskan sehingga ke bawah paras 1.23000 semalam.
Paras terendah harian dicecah sekitar 1.22620 semalam namun ada lonjakan semula di sesi New York melihatkan harga menguji paras 1.23000 yang menjadi rintangan buat harga.
Kenaikan berlaku disebabkan penyusutan US dolar, namun Pound dilihat gagal untuk memanfaatkan peluang untuk terus meningkat lebih tinggi.
Tumpuan akan terarah kepada ucapan gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey di sesi Eropah sebentar lagi yang boleh mempengaruhi pergerakan Pound.
Sementara di sesi New York, ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pula akan diberi tumpuan untuk petunjuk dasar monetari selanjutnya selain akan memberi impak kepada mata wang US dolar.
Pergerakan harga kekal pada trend bearish yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Menyambung pembukaan pasaran di awal sesi Asia pagi ini, harga berlegar perlahan di bawah zon 1.23000 dengan jangkaan penurunan lebih rendah akan berlaku lagi.
Sekiranya penurunan masih lagi diteruskan, harga bakal mengatasi paras dicecah semalam sebelum menuju ke zon tumpuan seterusnya pada 1.22000.
Namun, situasi itu memerlukan faktor yang menyokong pengukuhan US dolar lebih lanjut.
Jika sebaliknya US dolar lebih lemah berbanding Pound, harga lebih cenderung untuk melonjak semula di atas zon 1.23000.
Melepasi pula halangan MA50 akan menyokong kenaikan lebih tinggi untuk menguji sekali lagi zon rintangan pada 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG