Penurunan harga berlaku semula pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam, mengurangkan sedikit keuntungan yang telah diraih pada penutup minggu lalu.
Pada Jumaat, harga telah catatkan kenaikan harian hingga 200 pips berikutan reaksi terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan merosot.
Penurunan sekitar 80 pips dipamerkan semalam setelah kenaikan harga pada mulanya telah mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.24200.
Harga telah kembali susut semula di bawah zon 1.24000 dan menutup dagangan sesi New York di sekitar paras 1.23400.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini (Selasa) sambil harga dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang boleh memberi petunjuk pergerakan selanjutnya harga.
Penurunan harga dilihat akan diteruskan menghampiri zon 1.23000 untuk turut memberi reaksi sebelum melanjutkan pergerakan.
Sekiranya US dolar masih berjaya kekalkan pengukuhan semalam, harga berkemungkinan akan ditekan jatuh lebih rendah di bawah zon 1.23000 tersebut.
Selepas isyarat bearish dikenalpasti, harga dijangka untuk susut menuju ke paras tumpuan sebelum ini di sekitar 1.22000.
Namun sekiranya harga berjaya memaparkan lonjakan semula, zon 1.24000 akan kembali diuji sebagai rintangan yang perlu ditembusi.
Jika tembus ke paras lebih tinggi, harga akan mensasarkan ke 1.25000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG