Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula menunjukkan momentum yang memudar apabila corak kenaikan dipaparkan dari awal minggu sudah mula perlahan.
Harga dilihat mendatar di persekitaran zon 1.31000 dengan reaksi mata wang pada dagangan Khamis semalam adalah kepada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK dan Amerika Syarikat (AS).
Prestasi Pound positif di sesi Eropah semalam ketika data PMI UK hadir dengan bacaan memberangsangkan bagi bulan Ogos, namun US dolar pula menyerlah pada sesi berikutnya.
Harga yang mencapai ketinggian terbaru pada 1.31300 mula dibenamkan semula di bawah paras 1.31000.
Harga masih berlegar di sekitar zon tersebut dengan corak kenaikan perlahan dipaparkan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) dengan kewaspadaan pelabur menantikan acara simposium Jackson Hole yang bakal bermula malam nanti.
Pergerakan harga walau bagaimanapun masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut yang menunjukkan isyarat trend kekal bullish.
Sekiranya kenaikan masih berjaya diteruskan pada sesi-sesi akhir untuk dagangan minggu ini, jangkaan adalah untuk harga menuju ke paras 1.32000 bagi mencatatkan paras ketinggian terbaru.
Namun harga perlu terlebih dahulu mengatasi paras puncak yang dicapai pada Julai 2023 lalu di sekitar 1.31400.
Sementara, jika harga mula jatuh selepas gagal bertahan di atas zon 1.31000, pelabur akan mengambil amaran sebagai petunjuk awal perubahan trend bearish bakal bermula.
Sasaran bagi penurunan awal adalah ke sekitar 1.30000 sebelum petunjuk bagi arah pergerakan selanjutnya akan diperhatikan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG