Situasi pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kekal menarik menyaksikan tembok kental harga masih gagal ditembusi.
Kenaikan harga sejak minggu lalu masih terkandas di paras rintangan 1.27000 yang masih berjaya menghalang harga meneruskan pendakian ke paras lebih tinggi.
Sehingga semalam, harga masih belum berjaya tembusi rintangan tersebut dengan memaparkan pergerakan mendatar di bawahnya.
Walaupun corak kenaikan dilihat masih diteruskan, namun momentum semakin perlahan dan julat pergerakan harga semakin mengecil di atas paras rintangan 1.27000 dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Pergerakan harga akan terus dipacu oleh perubahan yang akan berlaku pada US dolar dengan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus dipantau.
Tumpuan pada hari ini pula akan terarah kepada data pertumbuhan ekonomi suku terakhir 2023 dan pada Khamis, data indeks harga PCE pula akan diperhatikan.
Reaksi pelabur terhadap data yang akan diterbitkan itu boleh memberi petunjuk untuk arah pergerakan harga yang lebih jelas menuju dagangan ke penghujung minggu ini.
Sekiranya kenaikan harga akhirnya berjaya tembusi rintangan 1.27000, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran berikutnya adalah untuk menuju zon 1.28000.
Sementara, jika harga memberi petanda untuk penurunan bakal berlaku semula, paras terhampir yang dilihat menjadi sasaran adalah sekitar 1.26000.
Jika paras tersebut juga ditembusi, harga akan melanjutkan penurunan lebih rendah ke paras tumpuan minggu-minggu sebelum ini sehingga ke zon support 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG