GBP/USD Tergelincir Semula, Bakal Kembali Uji ‘Lantai Kebal’ $1.3200

375

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah menyaksikan lonjakan pada minggu lalu selepas keputusan hawkish oleh bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi dengan memutuskan untuk menaikkan kadar faedah kepada 0.25%.

Pelabur pada awalnya telah meletakkan keyakinan terhadap situasi tersebut selepas data inflasi yang diterbitkan telah mencatatkan bacaan tertinggi untuk tempoh 10 tahun.

Lonjakan harga sebenarnya telah tercetus lebih awal selepas keputusan mesyuarat FOMC yang hawkish, namun menyaksikan pergerakan US dolar yang menyusut.

Harga telah mencapai paras tertinggi mingguan pada 1.33700 dengan lonjakan 200 pips dari zon support 1.31700-1.32000.

Namun, momentum lonjakan gagal diteruskan apabila harga kembali membuat penurunan semula pada Jumaat dengan penurunan harian sekitar 100 pips.

Pound berkemungkinan berdepan tekanan oleh pengukuhan semula US dolar yang kembali mendapat perhatian sebagai mata wang safe-haven susulan kebimbangan terhadap ancaman Omicron yang meningkat.

Isyarat bagi trend bearish harga dilihat semula setelah harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Pembukaan pasaran di sesi Asia pagi ini (Isnin) melihatkan pergerakan perlahan harga di sekitar 1.32300 dengan jangkaan penurunan bakal menuju zon support 1.32000.

Memasuki minggu keempat, zon support tumpuan tersebut masih lagi dijangka untuk diuji setelah berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga sebelum ini.

Namun pelabur boleh menjangkakan untuk penurunan menembusi zon tersebut akan berlaku untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tahun ini.

Sebaliknya jika zon tersebut menjadi ‘lantai kebal’ dan menyokong kenaikan semula, paras tumpuan terhampir dilihat pada 1.33000 dahulu akan dicapai.

Seterusnya kenaikan harga yang diteruskan akan menguji paras ketinggian dicapai minggu lalu sebelum menuju ke paras ketinggian pada 1.34000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat