Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih berjaya dikekalkan pada dagangan pembukaan awal minggu semalam.
Penganalisis menjangkakan pergerakan harga akan perlahan berikutan cuti umum di UK dan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin semalam.
Pergerakan mendatar harga akan dijangkakan berlarutan berikutan pelabur akan mengambil langkah berwaspada menantikan laporan data penting terutamanya indeks harga PCE yang menjadi tumpuan Federal Reserve (Fed).
Jika diperhatikan pada penutup minggu lalu, harga berjaya bangkit semula membuat kenaikan di atas paras 1.27000 setelah kejatuhan sebelumnya.
Menyambung dagangan awal minggu semalam, harga mengekalkan corak kenaikan tersebut yang terus bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Paras ketinggian terbaru 10 minggu telah berjaya dicapai di sekitar 1.27700 sebelum harga perlahan di sekitar itu menutup dagangan sesi New York.
Jika situasi berterusan, kenaikan harga boleh diteruskan lagi dengan sasaran untuk menguji zon rintangan 1.28000 yang semakin hampir untuk disentuh.
Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga catatkan paras tertinggi terbaru lagi untuk minggu ini menuju paras tumpuan berikutnya pada 1.29000.
Sebaliknya, harga berisiko untuk kembali susut semula semula sokongan di paras 1.27000 kembali diuji.
Jika harga meluncur turun laju ke bawah paras itu akan menjadi isyarat bearish lebih jelas dengan jangkaan paras sekitar 1.26000 bakal dicecah.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG