GBP/USD Terus Meningkat Catat Paras Tertinggi Terbaru 2 Minggu

381

Menepati jangkaan penganalisis pasaran, mata wang Pound Sterling terus mengekalkan prestasi cemerlang bersambung sehingga dagangan di awal minggu ini.

Pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD, harga berjaya mengekalkan corak kenaikan yang dipamerkan sejak minggu lalu dan mencatatkan paras ketinggian terbaru pada minggu ini selepas lonjakan di sesi New York semalam.

Selepas mendatar pada zon RBS (resistance become support) 1.38000-1.38300 dan juga disokong pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, harga melonjak melepasi rintangan 1.38700 mencapai paras ketinggian pada 1.39100.

Pelabur optimis terhadap pengukuhan Pound selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan pelonggaran sekatan bermula 12 April untuk ekonomi beroperasi semula secara berperingkat.

Dengan penyusutan US dolar ekoran hasil perbendaharaan AS yang menurun, akan menguatkan lagi jangkaan untuk kenaikan harga pada carta GBP/USD.

Kenaikan seterusnya dijangka untuk menuju ke zon rintangan tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.4000. Kenaikan yang masih diteruskan bakal ke paras rintangan lebih tinggi sekitar 1.41000.

Sekiranya harga membuat penurunan semula, zon 1.38000 akan menjadi paras sokongan buat harga. Penurunan di bawah paras MA50 akan kembali memberi isyarat untuk trend bearish.

Harga boleh membuat penurunan lebih rendah semula sehingga ke paras 1.37000 atau mencatatkan paras terendah yang baru menuju zon 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat