Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat bergerak mendatar dalam zon 100 pips sepanjang minggu ini dengan reaksi terhadap mesyuarat FOMC awal pagi tadi diperhatikan.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah di paras 5.50% namun ucapan Pengerusi Jerome Powell tidak memberi isyarat untuk kenaikan kadar pada mesyuarat Disember.
Powell mengulangi kenyataan seperti mesyuarat terdahulu yang menekankan untuk dasar ketat yang sedia ada akan dikekalkan.
US dolar menyusut selepas mesyuarat memberi ruang untuk mata wang Pound meningkat hingga ke sesi Asia pagi ini.
Namun, pelabur akan berwaspada untuk reaksi harga di sesi New York dengan tumpuan terarah kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) hari ini (Khamis).
Jangkaan kadar faedah akan dikekalkan bank pusat di paras 5.25% pada mesyuarat kali ini.
Meneliti pergerakan carta GBP/USD, harga beberapa kali menguji paras sokongan pada 1.21000 sebelum lonjakan berlaku selepas FOMC.
Kenaikan harga melepasi bersambung ke sesi Asia pagi ini menyaksikan harga menuju ke paras rintangan 1.22000 semula.
Kenaikan yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat untuk pergerakan bullish buat harga.
Paras 1.22000 diperhatikan sama ada mampu ditembusi oleh harga sebelum memaparkan pergerakan bullish yang seterusnya mensasarkan ke zon rintangan berikutnya pada 1.23000.
Namun jika berlaku penurunan semula, harga boleh susut kembali di bawah paras sokongan MA50 sebelum menguji semula paras 1.21000 semalam.
Jika akhirnya harga tembus lebih rendah, zon harga yang akan menjadi tumpuan berikutnya berada pada sekitar 1.20500.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG