Gelora Menanti EUR/USD Yang Mendatar Di Awal Minggu

591

Memulakan dagangan pada awal minggu pertama bulan Februari, pembukaan sesi Asia melihatkan US dolar sedikit kukuh sebelum bergerak lemah semula.

Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh isu hangat pertempuran di antara gabungan pelabur runcit dan syarikat hedge fun dalam saham Gamestop pada minggu lalu.

Kebimbangan yang meningkat oleh pelabur berpotensi melonjakkan nilai US dolar pada minggu ini, namun pelabur kekal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu.

Isu vaksin dan juga pakej rangsangan ekonomi oleh Presiden Joe Biden kekal dipantau yang akan turut mempengaruhi hala tuju pasaran mata wang minggu ini.

Pelabur akan meneliti pergerakan harga pada sesi Eropah dan New York untuk arah yang lebih jelas buat mata wang utama.

Pada carta harga pasangan utama EUR/USD, harga dilihat masih bergerak perlahan dan mendatar pada sesi Asia hari ini di sekitar paras harga 1.21300.

Pada dagangan Jumaat lalu, harga dilihat telah pamerkan kenaikan namun selepas menguji paras rintangan 1.21500, harga susut semula dan menutup dagangan sedikit rendah dari paras tersebut.

Pergerakan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk trend bullish harga pada penghujung minggu lalu.

Jika trend kenaikan masih berjaya diteruskan, paras rintangan 1.21500 akan dituju semula untuk harga menguji zon resistance tersebut,

Melepasi zon resistance 1.21500-1.21800 akan mendorong harga menuju pula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.22200.

Namun jika harga membuat kejatuhan lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, zon support harga dilihat pada 1.20900.

Selepas isyarat perubahan trend menurun harga, paras support penting pada 1.20000 dilihat akan menjadi destinasi tumpuan utama harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat