Genetec Terus Rekod ‘All-Time High’ Baharu!

206

Saham Genetec Technology Bhd meneruskan momentum kenaikannya hari ini, meningkat sebanyak 25% sehingga mencecah paras tertinggi baharu kepada RM16.28 ketika sesi dagangan pagi tadi.

Ketika waktu rehat pasaran tengah hari, kaunter tersebut merekodkan keuntungan pada paras RM15.26, masih naik sebanyak RM2.24 atau 17.2%.

Sebanyak 2.02 juta saham diniagakan dan mempunyai permodalan pasaran berjumlah RM767.74 juta.

Setakat ini, kaunter tersebut melonjak sebanyak 782% sejak ditutup pada harga RM1.73 pada 31 Disember tahun lalu.

Kenaikan mendadaknya boleh dilihat pada 28 Mei lalu apabila saham Genetec ditutup pada RM3.69.

Pada 17 Jun lalu, Genetec menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu telah memperoleh tempahan baharu bernilai RM47.9 juta daripada pelanggan sedia ada yang juga merupakan pemain global dalam industri kenderaan elektrik dan bateri serta pemacu cakera keras, elektronik dan semikonduktor.

Selain itu, firma penyelidikan, CGS-CIMB Research menekankan Genetec merupakan salah satu daripada beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia terlibat dalam bidang kenderaan elektrik dan bateri, merangkumi 93% pesanan sebanyak RM205.6 juta yang diperoleh sejak Februari tahun ini.

Nilai kontrak tersebut mewakili dua kali ganda pendapatannya untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat