Gergasi Teknologi Hong Kong Rugi $43 Juta Dalam Pelaburan Kripto

269

Syarikat gergasi teknologi Hong Kong, Meitu menjadi tajuk utama pada April 2021 lalu selepas melaporkan mempunyai $100 juta pegangan mata wang kripto.

Walaupun begitu, selepas bermulanya pasaran bearish, firma teknologi tersebut dikhabarkan telah mengalami kerugian sebanyak 300 juta yuan ($43.4 juta) pada pegangan kripto.

Dapat diterangkan di sini, kerugian kemerosotan adalah kerugian dalam nilai aset apabila ia jatuh di bawah nilai pelaburan.

Rentetan itu, pemfailan kewangan mendedahkan bahawa kerugian kemerosotan nilai telah meningkat dua kali ganda daripada suku terakhir, malah gergasi teknologi tersebut turut mengungkapkan sesungguhnya pegangan kriptonya boleh memberi impak kepada kerugian bersih syarikat menjelang akhir tahun ini.

Dalam pemfailan pertukaran Julai, Meitu dikhabarkan mempunyai pegangan kripto sebanyak 940 Bitcoin (BTC) yang dibeli dengan harga $49.5 juta dan 31,000 Ethereum (ETH) berharga $50.5 juta.

Sementara itu, pelaburan bersih syarikat kripto tersebut dikatakan berjumlah $100 juta, namun Meitu kehilangan separuh daripada penilaian pelaburannya menjelang akhir suku kedua 2022 disebabkan kemerosotan semasa dalam pasaran kripto.

Secara konteks, Meitu bukanlah satu-satunya syarikat yang mengalami mimpi ngeri pada pelaburan kripto. Hal ini kerana, MicroStrategy iaitu syarikat awam yang melabur dalam BTC juga dilaporkan mempunyai kerugian kemerosotan nilai lebih $900 juta pada pegangannya di BTC.

Intihanya, MicroStrategy yang diketua Michael Saylor berjaya mempopularkan penggunaan BTC sebagai rizab perbendaharaan dalam menggantikan sebahagian daripada dolar AS pada tahun lalu.

Disebabkan itu, idea tersebut mendapat banyak tarikan setelah BTC mencapai paras tetinggi sepanjang masa setiap bulan, namun harga BTC jatuh lebih 70% daripada para puncaknya dan kini didagangkan pada satu pertiga daripada nilai tertinggi sepanjang masa yang telah dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat