Gergasi Teknologi Jepun Melebarkan Sayapnya, Sony Beli Bursa Kripto Ini!

945

“Memang terbaiklah, Sony tak tunggu lama terus kaut je apa firma yang mereka nak.”

Tanpa disedari, sebuah konglomerat bernilai $100 bilion Sony Group yang secara senyap-senyap mengorak langkah ke dalam pasaran mata mata wang kripto bertindak memperoleh bursa aset digital Amber Japan.

Dilaporkan, Amber Group menyertai kripto apabila pembuat pasaran berpangkalan di Singapura Amber memperoleh platform dagangan aset digital terkawal Jepun DeCurrent pada awal tahun 2022 kemudian group berpangkalan di Singapura menjenamakan semula firma itu sebagai Amber Group.

Perlu diketahui juga Amber Group mula menghadapi masalah kewangan besar dan terpaksa menjalani transaksi hutang pada ekuti dengan Fenbushi Capital sejurus selepas FTX menghadapi kejatuhan pada akhir 2022.

Suka dimaklumkan pelabur utama dalam Amber Group termasuk Pantera Capital, Temasek, Tiger Global, Sequoia China dan Coinbase dan pengambilalihan Amber oleh Sony menandakan pengembangan strategik ke dalam bidang bursa kripto sambil memanfaatkan kedudukan pasarannya yang kukuh.

Baru-baru ini, landskap kripto Jepun telah berubah secara pantas disebabkan penurunan nilai utama Yen Jepun dan beberapa dasar monetari oleh Bank of Japan (BoJ) ditambah pula Yen Jepun pada minggu lepas jatuh ke paras terendah sekali gus mendorong lebih ramai pelabur guna strategi BTC.

Sama seperti MicroStrategy, firma Jepun Metaplanet bukan sahaja mula menjadikan BTC sebagai sebahagian daripada perbendaharaannya malah mengumumkan rancangannya untuk beli BTC bernilai $7 juta melalui penjualan bon itu.

Metaplanet juga mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kripto dengan menubuhkan anak syarikat baharu di British Virgin Island sebagai sebahagian daripada strateginya lebih luas untuk meningkatkan pendekatan pelaburan dan meningkatkan rizab BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat