Giliran ECB Ikut Langkah Segelintir Bank Pusat Di Seluruh Dunia Di Tengah Kebimbangan Terhadap Wabak Koronavirus!

322

Pada hari ini beberapa bank pusat utama telah memberi petunjuk mengenai kemungkinan untuk melaksanakan langkah rangsangan bagi melindungi ekonomi yang terkesan akibat koronavirus.

Bank of England (BoE) menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi kestabilan kewangan dan monetari. Gabenor BoE Mark Carney pada minggu lalu, telah menyatakan kebimbangannya mengenai wabak coronavirus, namun memberitahu bahawa ia masih terlalu awal untuk menentukan kesannya kepada ekonomi UK.

Dalam kenyataan terbaru, Bank Pusat Eropah (ECB) juga memberi petunjuk untuk mengambil langkah dalam melakukan perubahan dasar monetari dalam usaha untuk mengurangkan kemungkinan kejatuhan ekonomi akibat wabak koronavirus.

Naib Presiden ECB, Luis de Guindos dalam ucapan di London pada hari Isnin menyatakan bahawa pihak ECB akan tetap berhati-hati dan akan memantau dengan teliti semua data yang didapatkan. Hal ini adalah bagi menentukan orientasi dasar monetari.

Walaubagaimanapun, Majlis Pimpinan bersedia untuk menyesuaikan semua instrumennya bagi memastikan inflasi bergerak ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepesa beberapa siri ulasan dari bank pusat di seluruh dunia yang menyatakan kesediaan dalam melakukan perubahan dalam dasar monetari global berikutan penularan wabak koronavirus.

Pasaran saham telah menunjukkan kejatuhan yang merosot sehingga mencatat kerugian terburuk sejak krissi kewangan pada minggu lalu kerana kebimbangan pasaran terhadap kemelesetan ekonomi global akibat daripada wabak koronavirus.

Disisi lain, Beijing telah mengurangkan kadar penanda aras pinjaman setahun dari 4.15% sehingga 4.05% dan kadar lima tahun dari 4.8% sehingga 4.75%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat