GOLD Terbang Lagi, Tetapi Mengapa Masih Gagal Tembus $1,800?

997

Kelemahan US dolar pada awal minggu telah memacu kenaikan emas untuk meningkat lebih tinggi dengan pergerakan harga kembali menghampiri paras $1,800 per auns.

Bacaan data pembuatan AS yang lebih buruk dari dijangkakan, menyuarakan sikap dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell ketika beliau memberitahu bahawa pemulihan yang dilihat sekarang tidak rata.

Ini menyebabkan hasil bon AS 10 tahun kembali susut ke paras 1.6%, selepas meningkat tinggi pada 1.68% pada akhir minggu lalu.

Pada sesi Asia, emas diniagakan stabil pada $1,790, susut sedikit dari paras ketinggian dua bulan yang dicapainya pada sesi sebelum ini $1,797 per auns.

Emas melonjak lebih 3%, dengan carta harga XAU/USD melonjak lebih 300 pips pada sesi dagangan Isnin.

Pembacaan data terbaru menimbulkan keraguan pasaran terhadap sejauh manakah kuatnya pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat.

Optimisme untuk pembukaan semula sepenuhnya di AS telah meningkat sejak kebelakangan ini kerana pelancaran vaksin dan pakej rangsangan fiskal oleh kerajaan telah meningkatkan prospek terhadap pemulihan lebih kuat.

Namun, terdapat kebimbangan mengenai kekurangan bekalan dos vaksin, lebih-lebih lagi apabila ada laporan yang mengatakan manusia perlu menerima lebih satu dos untuk melindungi diri daripada Covid-19.

Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan vaksin di seluruh dunia, ditambah pula dengan tekanan daripada peningkatan kes Covid-19 di Asia, terutamanya di India yang semakin membimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat