GOLD Terselamat Dari Terus Jatuh Malah Pamer Kenaikan Positif

797

Dagangan emas kembali pamerkan peningkatan semula pada Selasa dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa khususnya tertumpu pada perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Harapan terhadap keputusan positif pakej rangsangan tersebut telah memberi kesan penyusutan buat US dolar dalam pasaran serta memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi memberitahu kepada Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin bahawa isu-isu yang membantutkan pelaksanaan pakej akan diselesaikan secepat mungkin.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD semalam melihatkan penurunan harga ke paras sekitar 1820.00 dengan kenaikan harga gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun, bersambung dagangan pada Selasa, harga telah memulakan kenaikan di awal sesi Asia sehingga menembusi halangan MA50.

Pelabur akan melihat situasi tersebut untuk isyarat awal trend bullish bagi dagangan emas pada minggu ini.

Kenaikan harga yang bersambung pada sesi Eropah dilihat menuju ke paras 1850.00 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula resistance 1875.00 yang diuji pada minggu lalu.

Sebaliknya jika harga emas kembali mengalami penurunan semula, zon support harga akan dilihat pada 1800.00 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke zon support 1764.00 yang dicecah pada penghujung November lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat