Google Diarah Bayar RM3.3 Bilion Kepada Pengguna!

2,130

Google Alphabet telah bersetuju untuk membayar $700 juta (RM3.3 bilion) dan turut meningkatkan daya saing yang lebih besar dalam gedung aplikasinya iaitu Google Play Store.

Ini berikutan bagi menuruti penyelesaian antitrust kepada penggunanya di AS yang didedahkan semalam (Isnin) di Mahkamah Persekutuan San Francisco.

Berdasarkan kenyataan Google, mereka akan membayar sebanyak $630 juta ke dalam dana penyelesaian untuk para pengguna dan $70 juta pula akan disalurkan ke dalam dana yang dimanfaatkan oleh negara.

Sebelum ini, Google mengaku tidak bersalah selepas dituduh mengenakan cas bayaran berlebihan kepada pengguna yang menyalahi undang-undang aplikasi tersebut pada peranti Android dan penambahan cas dalam transaksi aplikasi lain.

Utah dan beberapa negeri lain di Amerika Syarikat telah membawa isu ini sejak September lalu. Namun, syaratnya dirahsiakan sebelum percubaan Google dengan Epic Games, Fortnite. Minggu lalu, hakim persekutuan California bersetuju dengan Epic Games bahawa sebahagian daripada aplikasi perniagaan Google adalah kurang berdaya saing.

Wilson White, naib presiden Google dalam hal ehwal kerajaan dan dasar awam, dalam satu kenyataannya mengumumkan akan membina pilihan dan fleksibiliti dalam pengguna Android. Mereka juga akan mengekalkan perlindungan keselamatan yang lebih kukuh dan meningkatkan keupayaan daya saing dalam aplikasinya.

Syarikat itu berkata ia sedang mengembangkan keupayaannya dalam membangunkan aplikasi dan permainan bagi menyediakan pilihan kepada pengguna dalam pembayaran melalui sistem pengebilan Google Play Store. Mereka telah mewujudkan inisiatif itu lebih dari setahun di AS.

Di antara penyelesaiannya adalah Google akan memudahkan keupayaan pengguna untuk memuat turun aplikasi secara terus daripada pembangun.

Epic Games akan meminta hakim yang mendengar kedua-dua kes, hakim daerah AS James Donato untuk mengeluarkan perintah yang mungkin membuat Google melakukan perubahan pada gedung aplikasinya.

Google juga berdepan tindakan undang-undang lain berkaitan amalan carian dan pengiklanan digitalnya. Namun, Google menafikan sebarang salah laku dalam isu tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat