Google Disaman Kerana Polisi ‘Jangan Jadi Jahat’

952

Adakah polisi Google memakan diri?

Sekumpulan bekas pekerja Google telah menyaman Alphabet Inc pada Isnin atas dakwaan syarikat tersebut melanggar kontrak pekerja dengan tidak menghormati moto mereka sendiri iaitu ‘jangan jadi jahat’ (don’t be evil).

Dalam tuntutan saman yang difailkan di mahkamah negeri California daerah Santa Clara, bekas pekerja Google iaitu Rebecca Rivers, Sophie Waldman dan Paul Duke mendakwa mereka telah dipecat 2 tahun lalu kerana memenuhi kewajipan kontrak untuk bersuara apabila mereka melihat Google melanggar ikrar mereka sendiri, ‘don’t be evil’.

Google tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut namun syarikat itu pernah mengatakan sebelum ini yang pekerjanya telah melanggar polisi keselamatan data.

Pemecatan tersebut telah membawa kepada perbicaraan di Lembaga Perhubungan Buruh Kebangsaan yang masih berterusan mengenai syarikat tersebut yang dikatakan teribat dalam amalan tidak adil untuk membendung penganjuran pekerja yang semakin meningkat.

Jurutera berpangkat dan fail serta pekerja lain di syarikat tersebut sejak kebelakangan ini telah menyuarakan pendapat mengenai dasar dan projek Google di mana pihak pengurusan telah menolak dakwaan tersebut dalam usaha mengekalkan kawalan.

Ketiga-tiga bekas jurutera perisian Google tersebut telah membangkitkan kebimbangan di dewan bandaran dan forum lain Google berkenaan potensi syarikat itu menjual teknologi awan kepada pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) yang pada masa itu terlibat dalam taktik penahanan yang dianggap tidak berperikemanusiaan oleh aktivis hak asasi manusia termasuk memisahkan kanak-kanak migran daripada keluarga mereka.

Dalam tuntutan saman tersebut, pekerja tersebut menganggap pekerja imigresen yang berpotensi ‘jahat’ di bawah polisi Google dan telah menyeru syarikat ‘bertindak secara terhormat dan melayan satu sama lain dengan hormat’ dan ‘standard tertinggi tingkah laku perniagaan beretika’.

Tambahnya lagi, tatakelakuan syarikat berkata pekerja yang menganggap syarikat mungkin gagal memenuhi komitmennya tidak seharusnya berdiam diri membawa kepada suara ketiga-tiga pekerja itu untuk meluahkan pandangan.

Dalam pada itu, tuntutan jumlah ganti rugi kepada pekerja tersebut tidak didedahkan.

Google telah mempromosikan ‘don’t be evil’ sebagai nilai teras selama lebih 20 tahun termasuklah apabila ia diumumkan kepada pihak awam pada 2004.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat