Greenback Kembali Mengukuh Setelah Menjunam Lima Hari Berturut-Turut!

52

US Dollar mula mencatatkan pengukuhan dalam sesi ini selepas menjunam ke paras terendah buat lima hari berturut-turut berbanding sekumpulan matawang utama dalam tempoh lebih dari sebulan.

US Dollar kembali pulih disamping pasaran yang agak tidak menantu disebabkan kenaikan mendadak dari Sterling sebanyak 3 peratus serta menunjukkan prestasi lebih baik berbanding US Dollar sejak tahun 1998. Pasaran kewangan secara keseluruhannya kembali tenang menjelang Rabu.

Dalam sesi ini juga, matawang Pound menarik balik keuntungan sebanyak 0.95 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi dicatat pada 100.88, dengan peningkatan sebanyak 0.55 peratus.

Dalam masa yang sama, pair EUR/USD, USD/JPY dan GBP/USD terpaksa akur dengan pengukuhan matawang Greenback.

EUR/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Matawang ini mula menunjukkan lonjakan mendadak pada akhir tahun 2016 berikutan dasar ekonomi yang dibawa Trump dijangka akan melonjakkan pertumbuhan dan merangsang inflasi. Namun begitu, matawang Amerika itu jatuh lebih 2 peratus dalam tempoh 2 minggu lepas.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Trump menyatakan bahawa beliau akan terus menyuarakan komen secara terus melalui medium Twitter walaupun setelah dilantik secara rasmi Jumaat ini.

Kenyataan yang agak kontroversi ini dikeluarkan apabila Trump menganggap akhbar adalah medium yang kurang jujur dalam menyampaikan maklumat berbanding kenyataan terus melalui “tweet” beliau.

Laporan Bulanan OPEC Membawa Berita Gembira Buat Pasaran Minyak Mentah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat