Habislah! Eropah Akan Dilanda Gelombang Covid-19 Semula

989

‘Aduh, banyak hal betul nak masuk 2023 ni!’

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) mengeluarkan amaran tentang gelombang baru Covid-19 di zon Eropah.

Menerusi kenyataan bersama Pengarah WHO, Hans Kluge dan Pengarah ECDC, Anrea Ammon bahawa terdapat peningkatan bilangan kes melibatkan Covid di rantau itu.

Jelas salah sorangnya dengan berkata bahawa walaupun keadaan dilihat bertambah baik namun perang bersama Covid-19 masih belum berakhir.

Tambahnya lagi, WHO mengesahkan terdapat peningkatan kes di Eropah yang menandakan kemungkinan terdapat gelombang baru bakal menyusul.

Setakat 2 Oktober lalu, indikator WHO mengesahkan peningkatan sebanyak 8% kes melihatkan Covid di Eropah dan mengeluarkan amaran kepada orang ramai yang mengalami masalah kesihatan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital.

Turut dinyatakan kedua-dua agensi tersebut adalah statistik yang menyaksikan jutaan orang di rantau Eropah masih belum menerima suntikan vakin Covid-19 dan menyeru mereka untuk mengambilnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat