Dolar Australia alami penurunan nilai untuk hari kedua berturut-turut, namun kejatuhan pada semalam adalah lebih parah.
Aussie tidak terkecuali daripada menjadi salah satu ‘mangsa’ kerakusan US dolar semalam ketika reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Bacaan inflasi tahunan yang kekal di paras 3.7% meleset berbanding ramalan 3.6%, kekal mengunjurkan pengetatan dasar monetari akan diteruskan oleh Federal Reserve (Fed).
Ini telah menyokong pengukuhan semula US dolar yang telah melemah sejak awal minggu, dengan pengukuhan berterusan sehingga ke penghujung sesi New York.
Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga mencatatkan penurunan harian sehingga 120 pips mencecah paras 0.63100.
Menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga sedikit meningkat ke paras 0.63300 namun berundur turun semula menuju pembukaan sesi Eropah.
Penurunan harga dijangka akan diteruskan untuk menguji zon support pada 0.63000 dan jika menembusinya, harga akan catatkan paras terendah terbaru sejak November tahun lalu.
Sasaran untuk penurunan lebih lanjut adalah menuju paras 0.62000 yang merupakan zon support diuji pada Oktober 2022.
Namun jika dagangan pada sesi-sesi akhir ini kembali menyaksikan lonjakan harga semula, paras sekitar 0.63700 dilihat akan diuji sebelum menyambung kenaikan lebih tinggi.
Kemudiannya, paras rintangan minggu ini iaitu 0.64400 yang telah dicapai akan menjadi sasaran harga berikutnya pada kenaikan yang diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG