Habislah! Penarafan Status Serba Dinamik Diturunkan

6,503

Cerita ‘Monday Blues‘ industri tempatan harini berkisahkan Serba Dinamik yang dikenakan status ‘CC’ daripada ‘CCC’ oleh S&P Global Ratings berkenaan isu kelewatan pembayaran kupon sukuk yang akan memberi pandangan negatif terhadap syarikat itu.

Satu kenyataan pada Jumaat bertarikh 12 November yang dikeluarkan oleh S&P, agensi penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), menyatakan Serba Dinamik turut dikenakan penurunan penarafan terbitan jangka panjang ke atas sukuk terjamin syarikat itu kepada ‘CC’ daripada ‘CCC’.

Tambah agensi tersebut lagi, pandangan negatif terhadap syarikat kejuruteraan itu adalah hasil daripada ancaman yang semakin meningkat daripada masalah tunai mudah jangka pendek syarikat yang membimbangkan dek kerana masalah pembiayaan serta kadar masa kematangan yang kurang dari 6 bulan terus mencipta kerisauan.

Penurunan taraf tersebut akan menyaksikan syarikat itu menghadapi risiko dikenakan status ‘default’ kerana kegagalan mereka untuk membayar kupon sukuk yang bernilai US$7 juta daripada US$222 juta yang perlu dibayar pada Mei 2022.

Terma perjanjian Sukuk tersebut menunjukkan Serba Dinamik memiliki masa sebanyak 30 hari selepas tarikh akhir, 9 November 2021, untuk membayar kupon tersebut sebelum dikenakan status ‘default’.

Menurut S&P, mereka meragui keupayaan Serba Dinamik untuk memenuhi obligasi pembayaran tersebut walaupun syarikat itu sedang mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah pembayaran itu.

Selain itu, Serba Dinamik turut mempunyai bayaran pelunasan pinjaman bersindiket berjumlah RM99 juta yang perlu dibayar pada Disember 2021 dan mempunyai tempoh matang yang banyak menjelang 2022 termasuk RM100 juta kertas komersial selain baki susuk US$222 juta.

Dalam pada itu, baki akhir Serba Dinamik yang belum diaudit dilaporkan bernilai sebanyak RM497 juta yang direkodkan setakat 30 Jun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat