Haiyaa! Emas Kembali Tak Bermaya

786

Emas kembali mencatatkan penurunan di tengah-tengah peningkatan semula dolar greenback yang sederhana menjelang dagangan hujung minggu.

Bagaimanapun, logam berharga ini berada di landasan untuk kenaikan mingguan terbesar sejak akhir November, selepas melonjak ke paras tertinggi dua minggu pada sesi dagangan sebelum ini.

Sebelum sesi Eropah bermula, emas didagangkan susut di sekitar $1,859 per auns, dengan niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,858 per auns (2.15 petang waktu Malaysia).

Dolar greenback mula mengorak langkah dengan mencatatkan sedikit peningkatan, mengikuti kenaikan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan penyusutan dalam niaga hadapan saham AS.

Para pelabur nampaknya mula mengambil keuntungan selepas menghantar saham AS dan matawang utama melonjak tinggi pada sesi sebelum ini susulan pelantikan rasmi Presiden Joe Biden pada hari Rabu.

Presiden Joe Biden dan pentadbirannya yang mempunyai kuasa majoriti Kongres, akan melancarkan pakej rangsangan besar-besaran bernilai $1.9 trilion bagi menyokong ekonomi negara itu.

Emas yang dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan penurunan nilai matawang, turut meraih permintaan sejak perlantikan rasmi Biden sebelum kembali susut ekoran pengambilan untung oleh pelabur menjelang dagangan penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat