Hanya 8 Jam Sahaja, Trader Ini Tukar $2.2K SOL Jadi $2.26 Juta!

1,689

“Banyak orang sekarang dah jadi jutawan lepas melabur dalam memecoin, anda bila lagi?”

Baru-baru ini dikejutkan berita berhubung seorang trader bijak yang tanpa disedari berjaya menukar 13 mata wang kripto Solana (SOL) bernilai $2,275 pada keuntungan sangat lumayan iaitu $2.26 juta dalam masa lapan jam sahaja.

Dilaporkan, wallet trader memecoin dikenali sebagai “sundayfunday.so” telah menjana keuntungan lebih 993x sejurus selepas membeli 242 juta memecoin 1DOL yang baru sahaja dilancarkan.

Sungguhpun tidak memiliki utiliti asas, memecoin seperti dogwifhat (WIF) dan Pepe Coin (PEPE) telah raih perhatian ramai pelabur sejak acara halving BTC susulan kedua-dua memecoin itu sering capai penilaian berbilion dolar Amerika Syarikat (AS).

Keuntungan lebih 900x bukanlah kebetulan susulan wallet itu adalah peserta pra-jualan terbesar bagi token Book of Memes (BOME), di mana ia yang beli BOME bernilai $72,000 telah menjana keuntungan $40 juta.

Memang tidak dinafikan trader tersebut telah mengambil keuntungan pada beberapa pegangannya, tetapi ia tetap kekal sebagai pemegang BOME terbesar biarpun menjual 530 bilion BOME untuk $7.66 juta dan kini masih memegang 894 bilion BOME bernilai $10.5 juta.

Dilancarkan pada 18 Mei 2024, memecoin 1DOL telah meningkat ke paras tertinggi $0.018 pada hari berikutnya sebelum merudum semula ke paras semasa $0.004 iaitu penurunan lebih 43% dalam masa 24 jam lalu.

Namun perlu diketahui perdagangan menguntungkan mendorong perdagangan orang dalam dan dakwaan pengubahan wang haram oleh peminat kripto di platform media sosial dan 1DOL jana minat ketara biarpun kekurangan website serta akaun X yang diharamkan.

Sementara liquidity rendah pool dagangan yang pada masa ini bernilai $291,000 token SOL akan menjadikannya mustahil untuk trader mengeluarkan semua keuntungannya tanpa menaikkan harga 1DOL lebih jauh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat