Hanya Dalam Tempoh 24 Jam, Covid-19 Di Indonesia Mengganas!

2,215

Penularan wabak pandemik Covid-19 semakin membimbangkan. Saban hari, jumlah kes jangkitan meningkat manakala angka kematian yang dicatatkan semakin menyedihkan. Kini, dunia telah melaporkan sebanyak hampir 30 juta kes jangkitan manakala angka kematian dilaporkan hampir 1 juta.

Indonesia merupakan salah sebuah negara Asia yang paling terjejas akibat Covid-19. Lebih mengejutkan ialah negara berkenaan mencatatkan sebanyak 3,141 kes jangkitan Covid-19 hanya dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka kumulatif untuk republik itu menjadi 221,523 kes.

Menurut laman web kerajaan itu, sebanyak 118 angka kematian juga dilaporkan antara tengah hari semalam dan tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian menjadi 8,841 korban.

Tambahan daripada itu, seramai 98,842 pesakit masih berada dalam pengawasan terhadap virus tersebut.

Terkini Jakarta, sekali lagi berada di bawah  Big-Scale Social Restriction (PSBB) selama 2 minggu mulai hari ini, akibat daripada kes jangkitan tertinggi telah dilaporkan iaitu sebanyak 55,099, dengan peningkatan sebanyak 879 kes baru.

Di samping itu, Jawa Timur mencatatkan angka kematian tertinggi, sebanyak 2,800, diikuti oleh Jakarta (1,418), Jawa Tengah (1,153), Kalimantan Selatan (389), Sulawesi Selatan (383) dan wilayah lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat