Harapan Pasaran Kian Pudar, Perlombongan Bitcoin Semakin Mendapat Tempias!

3,953

Rata-rata pelabur semakin resah dengan ketidaktentuan harga Bitcoin (BTC), sebelum ini pasaran menunding jari kepada China kerana menjadi salah satu punca utama kepada pasaran kripto yang merundum teruk.

Siapa sangka harga Bitcoin (BTC) akan jatuh semula ke paras rekod Januari  dengan penyusutan hampir 31% sejak April lalu.

Dengan cengkaman Beijing terhadap sektor kripto yang semakin ketat yamg  turut menyekat perlombongan kripto. Kesan dari langkah yang tegas tersebut, rangkaian kesukaran mining mengalami penurunan terbesar pada tahun ini dengan kejatuhan 16% menjadi 21 trilion.

Data dalam rantaian menunjukkan bahawa kesukaran mining turun dengan ketara daripada bacaan tertinggi sepanjang masa. Pada 13 Mei, jurang pengeluaran purata blok Bitcoin hanyalah 8 minit 14 saat akan tetapi kini ia mengambil masa 11 minit 55 saat, 4 minit lebih lama.

Dengan lebih daripada 75% pelombong Bitcoin yang berpusat di China, syarikat perlombongan di negara tersebut telah menghentikan operasi berikutan amaran keras dari kerajaan China. Di Mongolia juga, pentadbiran telah mengenakan tindakan yang serupa terhadap erasi perlombongan Bitcoin.

Selain itu, beberapa syarikat dan pertukaran perlombongan kripto telah mula menghentikan operasi mereka di China, termasuk Huobi, yang menduduki tangga ke-8 perlombongan terbesar kripto , menyumbang kira-kira 4% dari hashrate di dunia.

Pada masa yang sama, sebahagian penganalisis berpendapat bahawa China tidak akan menyekat Bitcoin (BTC) secara mutlak, seperti yang didakwa. Ia berkemungkinan segelintir pihak ingin memanipulasi sentimen.

Bitcoin masih didagangkan sideway  pada harga $36,557.86 bagi satu bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat