Harga Axie Infinity (AXS), Smooth Love Potion (SLP) Kucar-Kacir, Apa Dah Berlaku?

559

Pemain Axie Infinity di Filipina terpaksa berhadapan dengan cukai pendapatan yang akan dikenakan oleh Jabatan Kewangan negara itu tidak lama lagi.

Pengenalan cukai tersebut tidak hanya terhad kepada mana-mana permainan play-to-earn seperti Axie Infinity tetapi turut melibatkan firma-firma gaming berdasarkan blockchain

Bagaimanapun, penggubal undang-undang masih belum mengklasifikasikan sama ada token natif Smooth Love Potion (SLP) dan Axie Infinity Shards (AXS) dianggap sebagai sekuriti atau matawang.

Sepanjang pandemik COVID-19, permainan berkonsepkan play-to-earn telah membiak dalam pasaran kripto. Ada juga segelintir yang menjadikan permainan Axie Infinity sebahagian daripada pekerjaan dengan keuntungannya yang jauh lebih tinggi berbanding gaji tempatan.

Dengan populariti yang menggila, AXS menyaksikan lonjakan sekitar 5,000% bagi 2021. Manakala pada awal bulan ini, Axie Infinity telah merekodkan penjualan token dengan jumlah tertinggi, $1 bilion menjadikan ia projek NFT paling bernilai di dunia.

Seperkara hal yang tidak menyenangkan Jabatan Kewangan ialah syarikat yang menubuhkan Axie Infinity, Sky Mavis rupanya tidak berdaftar dengan Philippine Bureau of Revenue.

Khabar tersebut jelas memberi kesan negatif terhadap harga AXS dan SLP. AXS menyaksikan penyusutan hampir 10% semalam waktu tempatan kepada nilai terendah harian $67.11 dan SLP susut lebih 10% kepada $0.13.

Ketika penulisan AXS didagangkan pada $72.24, susut hampir 5% dalam 24 jam, manakala SLP mencatatkan nilai $0.13, susut lebih 10%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat