Harga Bitcoin (BTC) Pamer Drama Tragis, Susut Ke Bawah $43,000! Apa Dah Berlaku?

4,903

Bitcoin (BTC) menjunam ke paras terendah bawah $45,000 sejak tengah malam tadi, sebelum kembali meningkat didagangkan pada $43,748 ketika artikel ini ditulis.

Dari rekod tertinggi harian, $47,078 semalam, BTC susut lebih 9% ke paras terendah $42,566 mengundang panik dalam kalangan pelaburnya.

Apa yang berlaku?

Penyusutan tragis ini rupanya ada kaitan dengan krisis di Khazakhstan.

Dilaporkan penduduk di negara itu membuat rusuhan susulan daripada keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak sebanyak dua kali ganda daripada harga sebelumnya.

Disebabkan itu, kerajaan telah bertindak menutup capaian internet, menyebabkan seluruh aktiviti dalam rangkaian tergendala dan susut lebih 2%.

Pada masa yang sama, aktiviti perlombongan bitcoin terpaksa ditangguhkan hingga mendorong penyusutan tajam hashrate lebih 13% dari rekod tertinggi 194 EH/s ke paras terendah 168 EH/s.

Mungkin insiden ini dilihat kecil tetapi Kazakhstan mendominasi sebanyak 18% hingga 21.9% hashrate global untuk perlombongan bitcoin.

Sementara itu di Amerika Syarikat (AS), mesyuarat FOMC merumuskan untuk mengurangkan penyata kewangan dan meningkatkan kadar faedah pada tahun ini.

Keputusan yang diambil turut memberi kesan negatif kepada pasaran saham, termasuk kripto.

Penyusutan harga Bitcoin mengundang prestasi buruk pasaran altcoins, hampir kesemua 10 mata wang kripto teratas susut lebih 6%-9% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat