Harga Emas Didagangkan Tinggi Dalam Pasaran Asia

71

Harga emas didagangkan tinggi dalam pasaran Asia pada hari Rabu berikutan ketegangan politik selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara berkenaan aturcara peluru berpandu dan senjata nuklear.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.18% kepada $1,278.03 per auns setakat jam 12.05 petang.

Harga emas jatuh semalaman pada hari Selasa disebabkan kejatuhan permintaan safe-haven berikutan tumpuan pasaran yang semakin memudar terhadap ketidakpastian politik di Timur Tengah dan pengukuhan matawang U.S dolar.

Pengukuhan U.S dolah didorong oleh laporan data pasaran buruh yang positif dan kemajuan perlaksanaan reformasi cukai.

Berdasarkan laoran Jabatan Buruh U.S, penawaran kerja dan kaji selidik pusing ganti buruh (JOLTs) menjukkan tawaran kerja pada bulan September meningkat kepada 6.1 juta, mengatasi sasaran yang menjangkakan penawaran 6.091 juta.

Selain itu, pelabur juga optimis dengan kemajuan reformasi cukai apabila pembuat dasar Republik mula menyemak pelan reformasi cukai tersebut pada hari Isnin.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat