Harga Emas Menghampiri Paras Tertinggi 14-Bulan Yang Lalu

55

Harga emas didagang tinggi pada hari Jumaat, disokong dengan dolar yang semakin lemah dan kebimbangan berterusan terhadap ketegangan Korea Utara dengan Amerika dan sekutunya.

Harga pasaran hadapan emas di Comex meningkat $8.21 atau 0.61% pada $1,358.14 setakat jam 4.13 petang, paras tertinggi yang pernah dicapai pada Julai 2016.

Dolar US semalam ditekan selepas Jabatan Buruh US melaporkan kenaikan diluar jangkaan pada tututan pengangguran sebanyak 298,000 bagi minggu lepas.

Sentimen kepada greenback juga melemah dengan pasaran sedang meneliti sebarang perkembangan yang bakal berlaku akibat ribut Irma yang melanda bandar Miami, Florida pada minggu ini.

Peserta pasaran juga dilihat seolah-oleh tidak menghiraukan kenyataan daripada Presiden Fed cawangan New York, William Dudley yang menggesa bank pusat untuk terus menaikkan kadar faedah dengan mengatakan inflasi yang rendah akan beransur pulih dimasa hadapan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, jatuh 0.38% kepada 91.14, paras terendah sejak Januari 2015.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang lemah menyebabkan harga emas lebih murah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain.

Para pelabur kekal berhati-hati dengan spekulasi Korea Utara yang akan melancarkan ujian eluru berpandu balistik antara benua (ICBM) seterusnya pada hujung minggu ini.

Presiden US, Donal Trump pada Khamis yang lalu mengatakan beliau lebih memilih untuk tidak menggunakan tindakan ketenteraan bagi menghalang Pyongyang daripada meneruskan ancaman peluru berpandu dan senjata nuklear mereka.

Namun begitu jika beliau bertindak demikian, hari tersebut akan menjadi hari paling sedih buat kepimpinan Korea Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat