Harga Emas Susut, Laporan Data Inflasi US Menjadi Tumpuan Minggu Ini.

39

Pada pembukaan pasaran Asia hari ini, harga emas susut namun masih berada di atas paras tertinggi 7 minggu lepas dengan tumpuan di berikan kepada greenback yang sedikit menguat berikutan data-data pekerjaan yang positif.

Harga kontrak emas bagi bulan Ogos di Comex New York Merchantile Exchange (NYMEX) susut  0.09% kepada $1,263.354 per ounce setakat jam 12 tengahhari.

Tumpuan minggu ini adalah pada data-data inflasi seperti laporan indeks pengguna (CPI) dan pengeluar (PPI) bagi bulan Julai yang bakal di keluarkan pada hari Khamis dan Jumaat nanti. Laporan-laporan ini akan menjadi kunci kepada ulasan jurucakap Fed berkenaan kadar faedah dan penyata imbangan tahun ini.

Harga emas minggu lepas jatuh berikutan laporan data pekerjaan yang positif telah meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah Fed kali ketiga pada tahun ini.

Jabatan buruh melaporkan kenaikan 209,000 pekerjaan bagi bulan lepas, melepasi jangkaan 183,000. Pertambahan bilangan pekerjaan ini menyebabkan kadar pengagguran menurun kepada 4.3%.

Kenaikan pada kadar pendapatan turut menjadi faktor kepada pengukuhan tekanan inflasi. Para pelabur yakin bawah inflasi yang kuat akan menyebabkan bank pusat kekal dengan pendirian mereka untuk meningkatkan kadar faedah tahun ini.

Tambahan pula, harga emas yang meningkat sebanyak 9% tahun ini turut menjadi sokongan terhadap jangkaan pengetatan monetari polisi the Fed secara beransur-ansur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat