Harga Emas Turun? Sabar! Baca Sini Dulu

2,438

Pengukuhan data ekonomi China dan US dolar yang mula mempamerkan peningkatan telah mendorong dagangan emas untuk menyusut ketika memasuki sesi Eropah.

Dagangan logam berharga itu kekal tinggi walaupun mencatatkan sedikit penyusutan dengan didagangkan di sekitar paras harga $1,806 per auns. Sementara niaga hadapan emas juga menurun kepada $1,808.35 per auns.

Ekonomi China kembali berkembang pada suku kedua setelah mengalami penguncupan ketara pada awal tahun ini setelah terkesan oleh krisis pandemik coronavirus yang turut menjejaskan pertumbuhan global.

Dengan pengembangan sehingga 3.2% pada suku kedua, China telah mengangkat harapan pasaran bahawa kesan Covid-19 terhadap ekonomi adalah tidak seteruk seperti yang disangkakan.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama pelabur tetap berwaspada dengan kebimbangan terhadap kes baru Covid-19 yang terus memaparkan peningkatan dan ketegangan yang tidak berkesudahan antara dua ekonomi gergasi dunia, Amerika Syarikat dan China.

Dalam pada itu, dagangan US dolar yang mula mencatatkan sedikit peningkatan berbanding sekumpulan matawang utama pada sesi Eropah turut memacu penyusutan logam berharga itu.

Emas telah meraih keuntungan lebih 19% pada tahun ini, juga disokong oleh kadar faedah yang rendah dan langkah rangsangan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia untuk menyokong ekonomi dari impak Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat