Keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi menjadi tumpuan utama, namun reaksi pergerakan harga yang diperlihatkan bukanlah seperti yang dijangka.
Federal Reserve (Fed) tepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah ke paras 5.50%, namun tidak mendorong pengukuhan US dolar susulan pasaran telah pun menjangkakan situasi tersebut.
Ucapan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell lebih diberikan tumpuan apabila beliau melontarkan pandangan bahawa tindakan menaikkan kadar faedah masih menjadi pilihan untuk dilaksanakan namun perlu menilai dahulu bacaan data terbaru khususnya sektor pekerjaan dan kadar inflasi.
US dolar menunjukkan reaksi yang bercampur ketika keputusan kadar faedah diumumkan, namun selepas ucapan Powell, raja mata wang itu mengakhiri dagangan sesi New York dengan menyusut.
Mata wang Euro kini dilihat memiliki momentum untuk meningkatkan nilainya selepas penyusutan US dolar tersebut dengan tumpuan pasaran hari ini akan terarah pula pada mesyuarat polisi European Central Bank (ECB).
Berkemungkinan bakal ada reaksi positif terhadap Euro dengan jangkaan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan, namun ucapan Presiden ECB akan menjadi petunjuk dasar monetari selanjutnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-selepas-fomc-277
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga tidak menunjukkan pergerakan yang begitu ketara namun menunjukkan kenaikan ke paras 1.11000 selepas mesyuarat FOMC.
Harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mencadangkan pergerakan bullish harga menjelang mesyuarat ECB.
Kenaikan harga jika berjaya diteruskan pada sesi berikutnya, harga akan menuju ke paras 1.11400 sebelum mencapai ketinggian 1.12000 bagi menguji paras rintangan tersebut.
Penyusutan US dolar berterusan boleh mendorong harga meningkat lebih tinggi dan paras ketinggian dicapai minggu lalu akan diperhatikan yang boleh menjadi sasaran dicapai harga.
Namun jika pasaran memberi reaksi yang membuatkan US dolar kembali mengukuh selepas ini, harga boleh menjunam menuju ke zon tumpuan 1.10000.
Susut lebih rendah di bawah zon tersebut akan menjangkakan harga menuju ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.09000 seterusnay pada 1.08000.
Selain mesyuarat ECB, pelabur juga akan menilai terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bagi bacaan untuk suku kedua 2023.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG