Harga Minyak Jatuh Daripada Paras Tertinggi 2 Tahun Lalu Dalam Pasaran Eropah

84

Harga minyak mentah didagangkan rendah dalam sesi dagangan eropah, jatuh daripada paras tertinggi 2 tahun lalu berikutan jangkaan pasaran yang menjangkakan pengeluar minyak U.S akan meningkatkan pengeluaran.

Berdasarkan lapoan Baker Hughes pada hari Jumaat, aktiviti penggalian minyak meningkat kepada paras 738 pada minggu lepas., Ia merupakan peningkatan tertinggi sejak bulan Jun, ditambah pula kebimbangan pasaran terhadap pengeluar minyak U.S yang akan meningkatkan pengeluaran berikutan kenaikan harga pada bulan Oktober.

Peningkatan harga minyak yang bermula pada awal bulan Oktober didorong oleh usaha Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan. Pasaran menjangkakan pasaran minyak dunia akan mula stabil.

OPEC  akan bermesyuarat di Vienna,Austria pada 30 November ini dan dijangka akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak.

OPEC juga dijangka akan mengeluarkan laporan bulanan pada hari ini. Data yang dikeluarkan akan memberi gambaran yang menyeluruh kepada pelaburm adakah pasaran minyak sudah mula stabil.

Dalam masa yang sama pelabur juga memberi tumpuan terhadap perkembangan yang berlaku di Timur Tengah termasuk ketegangan politik antara Arab Saudi dan Iran.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember menyusut sebanyak 0.02% kepada $57.73 setakat jam 05.10 petang. Harga semasa kini bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.49 setong iaitu jatuh sebanyak 0.06% setakat jam 05.20 petang. Harga ini masih menghampiri bacaan harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Peningkatan harga minyak bermula pada bulan Oktober membawa indikasi bahawa pasaran minyak sedang mula stabil.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat