Harga Minyak Jatuh, Pelabur Mengambil Keuntungan Atas Kenaikan Harga

114

Harga minyak dibuka sedikit rendah dalam pasaran Eropah pada hari Selasa berikutan para pedagang dan pelabur mengambil keuntungan ke atas kenaikan harga dan peningkatan eksport minyak U.S menghadkan kenaikan lagi harga minyak Brent.

Selain itu, yang turut menghalang kenaikan harga minyak ialah tindakan Iraq meningkatkan eksport minyak dari daerah selatan daripada 220,000 tong setiap hari kepada 3.45 juta tong. Peningkatan eksport minyak ini adalah bagi menampung gangguan pengeluaran dari daerah utara Kirkuk.

Pasaran hadapan Brent di ICE berkurangan 0.21% kepada $60.46 setong setakat jam 03.50 petang. Walaupun berkurangan, harga minyak Brent masih menghampiri paras tertinggi 27 bulan lalu iaitu pada $60.65 setong.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.02 setong, berkurangan sebanyak 0.24% setakat jam 03.50 petang. Namun masih menghampiri paras tertinggi sejak Februari lalu.

Selain daripada pengambilan keutungan atas kenaikan harga minyak oleh pedagang dan sentimen pasaran yang positif, penganalisis memberi amaran bahawa peningkatan pengeluaran minyak syal U.S dapat memberi kesan negatif kepada harga minyak dari jangka masa pertengahan ke jangka masa panjang.

Perbezaan $6.8 diskaun minyak WTI dengan minyak Brent disebabkan peningkatan pengeluaran minyak mentah U.S iaitu sebanyak 13% sejak pertengahan 2016 kepada 9.5 juta tong setiap hari.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat