Harga Minyak Kembali Bernafas Setelah Jatuh Sepanjang Minggu Ini

45

Harga minyak kembali pulih selepas mengalami kejatuhan dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis. Peningkatan kembali harga minyak didorong oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.20% kepada $55.44 setakat jam 5.00 petang. Harga semasa kini masih bergerak di bawah paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini naik sebanyak 0.26% kepada $62.00 setong setakat jam 5.00 petang. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Harga minyak jatuh 4 hari berturut-turut sehingga awal pagi Khamis berikutan peningkatan inventori minyak mentah U.S dan pengeluaran domestik pada minggu lepas.

Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah U.S meningkat sebanyak 1.9 juta tong kepada 459 juta tong bagi minggu berakhir pada 10 November. Peningkatan ini merupakan peningkatan 2 minggu berturut-turut. Berbeza dengan jangkaan penganalisis yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 2.2 juta tong.

Pengeluaran minyak domestik meningkat 25,000 tong setiap hari kepada 9.645 juta tong. Pengeluaran minyak mentah U.S telah naik 15% sejak mencatat paras terendah pada pertengahan 2016.

Menurut penganalisis, kejatuhan harga untuk menjunam lebih terhalang oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong.

OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat