Harga Minyak Kembali Mendaki Selepas Jatuh Tergolek

304

Dagangan minyak mentah kembali stabil setelah kejatuhan pada sesi sebelumnya yang terkesan oleh prospek menyuramkan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap pertumbuhan ekonomi global.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $108 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah pada $103 setong.

IMF telah mengurangkan unjurannya untuk pertumbuhan global untuk tahun ini dengan mengatakan ia berpunca daripada impak daripada perang Rusia di Ukraine dan inflasi yang semakin tinggi.

Ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan bahawa penurunan ini juga mencerminkan prospek permintaan tenaga global yang mungkin akan menjadi lemah.

Bagaimanapun, harga minyak kembali stabil berikutan data terbaharu menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat tanpa dijangka menurun sebanyak 4.5 juta tong pada minggu lalu.

Bukan itu sahaja, harga turut disokong oleh laporan yang menyatakan OPEC+ hanya mengeluarkan 1.45 juta tong sehari di bawah sasaran pengeluarannya pada Mac apabila pengeluaran Rusia mula merosot berikutan sekatan yang dikenakan oleh Barat.

Gangguan lain menambah kebimbangan mengenai bekalan. Perbadanan Minyak Nasional Libya mengisytiharkan pada hari Selasa, bahawa mereka tidak dapat memenuhi komitmennya terhadap pasaran minyak berikutan situasi yang masih belum mereda.

Terdahulu, Libya telah menghentikan pengeluaran minyak dari ladang minyak El Feel pada Ahad dan eksport ke pelabuhan minyak Zuetina telah digantung selepas penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Abdulhamid al-Ddeibah meletakkan jawatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat