Harga Minyak Mentah Sokong Dagangan Loonie, USD/CAD Catat Penurunan

208

Minyak mentah diniagakan meningkat 1% pada Rabu dengan minyak mentah Brent mencatatkan kenaikan hari ketujuh berturut-turut.

Kenaikan harga minyak turut didorong oleh sentimen risiko Coronavirus yang kembali menurun dengan penurunan kes baru Coronavirus untuk hari kedua di China selain laporan tindakan Amerika Syarikat untuk mengurangkan minyak Venezuela dalam pasaran.

Selain itu juga, pelabur turut meletakkan harapan terhadap negara pengeksport peteroleum (OPEC) dan rakan sekutunya untuk pengurangan pengeluaran minyak mentah. Keputusan akan diketahui pada pertemuan bulan hadapan.

Dapat dilihat matawang dolar Kanada yang dipengaruhi oleh perubahan harga minyak mentah dalam pasaran kembali mengukuh pada dagangan hari ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD telah kembali membuat penurunan selepas kenaikan harga semalam menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.32700.

Dagangan pada hari ini menunjukkan penurunan perlahan harga pada sesi Asia sebelum meneruskan penurunan harga pada sesi Eropah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga USD/CAD.

Harga turun menuju dan akan menguji paras terendah mingguan yang dicecah Isnin lalu sekitar 1.32250.

Penurunan lebih rendah berkemungkinan akan menuju paras support seterusnya di paras 1.32000 yang turut berada pada zon RBS (resistance become support).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon SBR 1.32700 akan kembali diuji sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Destinasi kenaikan seterusnya akan dipantau pada paras ketinggian 1.33000 dan juga zon resistance 1.33300 yang berada di paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat