Harga Minyak Menyaksikan Lonjakan Menjelang Hujung Minggu!

182

Harga minyak bergerak lebih tinggi pada hari Jumaat setelah mencatat keuntungan sekitar 3% pada sesi sebelumnya, tetapi dijangka mengakhir dagangan minggu ini dengan lebih rendah.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan menokok pada $96 setong susulan kenaikan 3.1% yang dicatatkan pada Khamis.

Dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit meningkat pada $90 setong, menyusuli peningkatan 2.7% yang direkodkan pada sesi sebelum ini.

Namun, kedua-dua penanda aras berada di landasan untuk mencatatkan kerugian mingguan sekitar 1.5%.

Ini susulan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global dan potensi peningkatan bekalan daripada pengeluar utama yang terus membelenggu pasaran.

Rusia menjangkakan hasil daripada eksport tenaga melonjak 38% tahun ini dengan sebahagiannya daripada jumlah eksport minyak yang lebih tinggi, selain turut meramalkan peningkatan output dan eskport sehingga akhir 2025.

Bagaimanapun, data terbaharu yang menunjukkan kejatuhan inventori minyak mentah Amerika Syarikat dan permintaan petrol lebih tinggi kembali menyokong dagangan komoditi itu sedikit meningkat menjelang hujung minggu.

Data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan inventori minyak mentah AS berkurang sebanyak 7 juta tong pada minggu lalu, berbanding jangkaan untuk menurun 275,000 tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat