Harga Minyak Naik, Ada Khabar Baik Dari Arab Saudi?

593

Minyak mentah didagangkan positif pada hari Selasa ketika tumpuan pasaran beralih kepada pertemuan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya OPEC+ pada hari Khamis.

WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat pada $61.60 setong, sementara minyak mentah Brent diniagakan menokok pada $64.93 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini mencatatkan penyusutan lebih 2% selepas kapal gergasi Ever Given telah berjaya dialihkan selepas menghalang laluan Terusan Suez sejak minggu lalu.

Namun, dagangan komoditi hitam itu kembali meningkat selepas terdapat laporan positif mengenai mesyuarat OPEC minggu ini.

Arab Saudi dilaporkan akan menyokong lanjutan dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah sehingga Mei atau Jun kerana peningkatan jumlah kes Covid-19 di Eropah telah mengurangkan prospek terhadap pemulihan permintaan bahan bakar.

Situasi di Eropah kekal suram, dengan sebilangan besar negara Eropah melaksanakan sekatan yang lebih ketat untuk membendung penularan coronavirus di tengah-tengah kelewatan dalam program vaksinasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat