Harga Minyak Naik Sebab USD Lemah?

365

Dagangan minyak mentah terus mempertahankan peningkatannya pada sesi Asia hari ini ketika US dolar jatuh ke paras terendah hampir dua tahun meskipun kebimbangan terhadap permintaan dan ketegangan AS-China masih membebankan harga.

Sesi Asia hari ini menyaksikan niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat naik 12 sen kepada $41.19 setong, manakala minyak mentah Brent pula menokok 15 sen kepada $43.46 setong.

Peningkatan mengejutkan dalam tuntutan pengangguran AS, hadir ketika penggubal undang-undang sedang berunding mengenai satu lagi pakej rangsangan baru setelah menyaksikan lonjakan dalam jangkitan dan kematian di beberapa negeri.

Pada Khamis, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 1,000 kematian baru akibat Covid-19 dengan keseluruhan kes jangkitan kini telah mencecah 4 juta.

Ini menyebabkan dagangan US dolar jatuh ke paras terendah 22 bulan berbanding sekumpulan matawang utama.

Kelemahan matawang US dolar biasanya boleh mendorong peningkatan terhadap pembelian komoditi dengan dolar greenback, seperti minyak, kerana harganya menjadi lebih murah bagi pemegang matawang lain.

Bagaimanapun, ketegangan AS dan China terbaru tetap membataskan kenaikan harga untuk naik lebih tinggi, lebih-lebih lagi selepas Beijing membalas tindakan Washington dengan mengeluarkan arahan untuk menutup pejabat konsulat AS di Chengdu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat