Harga Minyak Terus Jatuh, Apakah Tindakan OPEC?

295

Kerisauan terhadap kelembapan ekonomi global menyebabkan pelabur mula bimbang terhadap kesannya ke atas unjuran permintaan minyak mendorong harga minyak terus jatuh selain pasaran turut mengharapkan perkembangan positif dalam rundingan perdagangan hujung minggu ini dan seterusnya akan menamatkan pertikaian itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh di bawah $60 setong minggu ini iaitu sebanyak 28 sen kepada $58.09 setong manakala harga minyak mentah WTI susut 17 sen kepada $52.64 susulan data sektor pembuatan yang rendah.

Harga minyak turut terkesan oleh kelemahan data sektor pembuatan AS yang membuktikan impak daripada pertikaian perdagangan antara dua negara ekonomi gergasi itu telah menjejaskan pertumbuhan global serta meningkatkan lagi kebimbangan terhadap kemelesetan.

Menurut Menteri Tenaga Russia Alexander Novak mengatakan prestasi pasaran adalah sejajar dengan permintaan yang dipengaruhi oleh situasi ekonomi global dan buat masa ini, tiada keperluan yang memerlukan mesyuarat diadakan untuk perubahan strategi.

Bagaimanapun, jika harga minyak terus menurun, OPEC perlu mengkaji semula rancangannya. Setakat ini, perjanjian pengurangan pengeluaran ditetapkan untuk tamat pada suku pertama tahun 2020, namun dengan situasi ekonomi kini mungkin memerlukan pengurangan yang lebih lanjut.

Selain itu, harga minyak juga terkesan oleh pemulihan yang lebih cepat daripada jangkaan dalam pengeluaran minyak Arab Saudi selepas serangan ke atas kilang pemprosesan minyak walaupun dalam keadaan di Timur Tengah yang tegang.

Di Iraq pula, kekacauan oleh anti kerajaan telah menimbulkan isu keselamatan serta cabaran politik kepada kerajaan sekarang ini sehingga menjejaskan peranan negara itu sebagai pengeluar kedua terbesar di kalangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat