Harga NFT Punah, Susut 70%!

2,241

Percaya atau tidak, laporan Bloomberg mendedahkan rata-rata harga bagi satu non-fungible token (NFT) telah susut kepada $1,400 bermula sejak beberapa minggu lalu.

Manakala rekod daripada nonfungible.com menunjukkan harga bagi koleksi digital jatuh sebanyak 70% selepas mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada hujung Februari.

Pada 22 Februari, rata-rata harga bagi satu NFT bernilai lebih $4,000. Kali terakhir nilainya berada di paras tertinggi adalah pada 11 Mac, di atas $3,600. Kebetulan ia direkod pada hari yang sama pembelian seni digital Beeple yang bernilai $69 juta oleh pengasas Metapurse, MetaKovan.

Tidak keterlaluan untuk menyimpulkan pasaran NFT kini dalam fasa bearish. Namun, penganalis menolak trend ini sebagai bubble.

Sarjana University of Pittsburgh dan penyunting penerbitan blockchain terkemuka, Chris Wilmer mendedahkan keyakinannya terhadap kadar minat umum terhadap NFT sudah menghampiri pengakhirannya.

“NFT tidak lagi berada dalam bubble berbanding matawang kripto adalah gelembung. Akan ada lagi kegilaan dan keterujaan yang tidak rasional. Tapi, matawang kripto jelas akan kekal untuk jangka masa yang lama, begitu juga NFT.”

Tahun 2021 menyaksikan lebih banyak blockchain telah melancarkan projek yang menfokuskan kepada NFT. Misalnya pasaran NFT pertama yang mesra alam yang diperkenalkan oleh Tezos (XTZ).

Tidak lupa juga pameran terbesar seni digital yang diuruskan oleh institusi terkenal Rusia dan China, termasuk State Hermitage Museum di St. Petersburg.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat